Hubungi

Hubungi Kami
Hubungi Kami
Sebarang aduan, cadangan dan komen, sila hubungi kami di:
Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya:

No. 9, Jln 16/10 Seksyen 16,
Petaling Jaya 46350 Selangor.
No Telefon : 03-79563912
No Telefon : 03-79572369
No Faks : 03-79563912
E-mail: umgsu@kkaum.org.my

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 52 (Tunda)

Salam sejahtera

Kepada Semua Ahli KKAUM

Saudara/Saudari,

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 52

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Ke 52 akan diadakan pada tarikh 24 September 2014, jam 3.00 petang, di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya telah DITUNDA kepada tarikh baru seperti dibawah:-

Tarikh : 25 November 2014 (Selasa)

Masa : 3.00 Petang

Tempat : DEWAN TUNKU CANSELOR, UNIVERSITI MALAYA.

Saya bagi pihak Jawatankuasa Kerja (Exco), memohon maaf diatas kesulitan ini.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Razak Darus
Setiausaha Agung KKAUM

TABUNG BIASISWA PELAJARAN KKAUM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada Semua Ahli/Ahli bersekutu Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya (KKAUM),

TABUNG BIASISWA PELAJARAN KKAUM

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk Biasiswa Pelajaran Tabung Biasiswa Pelajaran KKAUM KKAUM telah di buka. Oleh itu ahli/ahli bersekutu KKAUM boleh membuat permohonan melalui borang yang telah disediakan.

Borang permohonan boleh diperolehi daripada wakil-wakil Fakulti/Pusat/Jabatan ataupun di Pejabat Kesatuan (waktu pejabat 9.30 pagi hingga 6.00petang) mulai 2 Jun 2014. Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Isnin 23 Jun 2014.

Sila lihat lampiran yang disertakan bersama emel ini untuk syarat-syarat permohonan dan senarai wakil-wakil Fakulti/Pusat/Jabatan.

Sekian.

Ikmal Azam Thanaraj Abdullah
Presiden KKAUM

Majlis Makan Malam Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya kali ke 50

Dimaklumkan Bahawa Majlis Makan Malam Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya kali ke 50 akan diadakan pada hari sabtu 5 April 2014 bertempat di Sime Darby Convention Center, Bukit Kiara Kuala Lumpur.

Semua Ahli Kesatuan dijemput hadir untuk menyerikan lagi majlis tersebut bagi meraikan ahli-ahli kesatuan yang telah atau  yang akan bersara pada tahun 2013 dan 2014. Banyak acara menarik telah disediakan berserta  kelainan pada majlis kali ini dirancangkan.

Kesemua ahli yang berminta untuk menghadiri majlis makan malam pada kali ini,  diminta untuk mengisi borang pengesahan kehadiran yang dilampirkan dan menghantarkannya semula  ke pejabat Kesatuan sebelum hari  “ SELASA 25 MAC 2014sebelum jam 5.30 petang.

Sekian terima kasih.

 

Sila download  Borang di Sini 

Surat Jemputan

Tempoh Opsyen Bagi Jawatan yang Terlibat:

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
Sukacita saya ingin menarik perhatian tuan/puan kepada perkara berikut:
Tempoh opsyen yang diberikan adalah selama 30 hari mulai 14.1.2014. Tarikh akhir pengembalian borang opsyen adalah pada 14.2.2014. Pilihan yang dibuat adalah muktamad.
Diharapkan kepada mana-mana staf yang terlibat sila ambil maklum. 

Sekian Terima kasih.