:: Login
Username:

Password:


Lost Password?

Register now!
:: Main Menu
:: Content Menu
:
Posted by amin on 2011/12/29 16:04:33 (127 reads)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kepada Semua Ahli KKAUM.

1. Saya ingin mengambil perhatian semua ahli supaya membuat Opsyen
Persaraan Paksa 60 tahun dan kembalikan kepada PTJ masing-masing
sebelum *6.1.2012,
kalau boleh hantar sekarang.*
Jangan lupa dan ingatkan kawan-kawan, ini dah musim cuti !

2. Untuk* SBPA*, jika terdapat sebarang masalah dalam perkiraan kenaikan
gaji atau masalah berkaitan, sila dapat penerangan secepat mungkin daripada
Penolong Pendaftar PTj masing-masing atau emel kepada ikmalraj@gmail.comatau
razak_d@um.edu.my.

Sekian, terima kasih.

Ikmal Azam Thanaraj Abdullah (ikmalraj@gmail.com)
Presiden
Kesatauan Kakitangan Am, Universiti Malaya


Razak Darus (razak_d@um.edu.my)
Setiausaha Agung
Kesatuan Kakitangan Am, Universiti Malaya





More releases in Pengumuman

:
Posted by amin on 2011/6/2 11:00:00 (150 reads)

Nama Kejohanan : Tenpin Boling Piala Presiden KKAUM 2011
Tarikh : 22 Mei 2011 (Ahad)
Masa : 10.00 am
Tempat : Cosmic Bowl, Mid Valley

1. Perasmian telah di buat oleh saudara K. Vinothnan Setiausaha Agung KKAUM.
2. Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dan acara penutup telah di buat oleh saudara Ikmal Azam Thanaraj Pemangku Presiden
3. Senarai pemenang-pemenang seperti berikut:-
Kategori Berpasukan:
Juara dari team 20 – Pn. Sadiah Ahmad (Perpustakaan)
Pn. Asmah Tumin
Encik Mohd Khairi Mohd Nazir
Kedua dari team 5 – Pn Faridah Muhammad
Pn. Puteri Maisatulsima Megat Musa
En. Mohd Syukri Sudin
Ketiga dari team 12 – Pn. Khairun Nisa Ismail
Pn. Nor Mariana Abu Samah
En. Shah Rizal Ibrahim
Keempat dari team 23 – En. Abdul Rahman Mohamed
Pn. Herdahidayu Abu Hashim
En. Muhammad Arif
Kelima dari team 3 – Pn. Fadhilah Mohamed Nawi
Cik Rohaizal @Akmal Jusoh
En. Muhamad Azrar Haqkimi
Kategori Individu:
Lelaki – Juara – En. Ahmad Radzi Abu
En. Md. Yani Zakaria
En. Md Hamka Baktiar
Wanita – Juara – Pn. Khairun Nisa Ismail
Pn. Sadiah Ahmad
Pn. Faridah Muhamad
Kategori Misteri (longkang) –
i) Mohd Faizal Husaini
ii) Zaini Ahamid
4. Secara keseluruhannya kejohanan ini berjalan dengan lancar dan lebih teratur berbanding dari tahun-tahun lepas.

Rata-rata ahli berpuas hati dengan kejohanan dan hadiah-hadiah yang di sediakan. Pendaftran telah bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 10.20 pagi.

Perasmian telah dijalankan oleh sdra K. Vinothnan dengan membuat balingan pin di lane 15 pada pukul 10.25 pagi manakala pertandingan bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari.

Gambar : http://www.facebook.com/media/set/?set=a.134644826610460.32077.127647997310143

Laporan Oleh: En Ramlan Sulaiman, Exco KKAUM, Fakulti Bahasa & Lingustik.



:
Posted by kkaumadm on 2011/4/29 16:40:00 (866 reads)



Bernama
28/4/2011


KANGAR, 27 April (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini, berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah.

Penyelarasan yang boleh dibuat dengan mengambil kira purata perbelanjaan tambahan penjawat awam itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka, kata Omar kepada pemberita, di sini Rabu.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir Pelajaran (Keptan) Perlis, berkata Cuepacs juga mencadangkan agar bantuan sara hidup (Cola) semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan.

Ini kerana katanya, kos sara hidup di luar bandar juga semakin meningkat seperti di bandar.

Omar berkata Cuepacs juga mencadangkan elaun tetap perumahan untuk penjawat awam yang bergred 40 dan ke bawah dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM180 sekarang.

"Mana ada rumah yang boleh disewa RM180 sebulan di kawasan bandar malah di luar bandar juga sewa rumah telah meningkat," katanya.

Selain itu, kesatuan tersebut juga menyarankan had umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Read More... | 1725 bytes more

More releases in E-Buletin

:: Facebook