:: Login
Username:

Password:


Lost Password?

Register now!
:: Main Menu
:: Content Menu

Mengenai KKAUM

    Mengenai KKAUM
    Persatuan-persatuan sekerja memainkan peranan penting dalam mengawal dan menjaga kepentingan-kepentingan para pekerja. Setiap masalah yang dihadapi oleh para pekerja, sedaya upaya akan cuba diselesaikan oleh Persatuan Sekerja.

    Untuk mengerat dan mengukuhkan lagi perhubungan antara persatuan-persatuan sekerja, maka adalah amat perlu satu badan diwujudkan sebagai saluran bagi merapatkan perhubungan serta melahirkan kerjasama di kalangan Persatuan Sekerja.

    Sejarah perkembangan Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya ini pada awalnya didorong oleh penubuhan kesatuan-kesatuan sekerja selepas Perang Dunia Kedua. Pada 1 Januari 1963 Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya telah ditubuhkan dan mempunyai keahlian yang terdiri daripada kakitangan sokongan. Di awal penubuhan KKAUM, ia merupakan gabungan antara KKAUM dan Kesatuan kakitangan Hospital Universiti Malaya. Agenda utama penubuhannya adalah untuk memperjuangkan isu gaji dan masalah pembuangan pekerja sewenang-wenangnya. Namun, akibat tentangan oleh pihak kerajaan dan masalah dalaman, KKAUM dan Kesatuan PPUM elah berpecah. Ia menjadikan KKAUM pada masa itu sebuah kesatuan sekerja yang kurang diberi perhatian kerana majoriti keahlian KKAUM sebelum berpecah terdiri daripada Kesatuan PPUUM


    KKAUM juga juga telah bergabung dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)dan Kongres Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS).

    TUJUAN PENUBUHAN KKAUM

    *

    Menjaga kebajikan pekerja kumpulan sokongan
    *

    Menjalankan aktivit seminar/kursus
    *

    Lain-lain aktiviti yang memberi faedah kepada kumpulan sokongan


    Kesatuan Kakitangan Am UTM adalah satu-satunya kesatuan yang telah wujud bagi menjaga kepentingan staf sokongan Universiti dan apa sahaja masalah yang melibatkan staf Universiti kesatuan adalah tempat mereka merujuk, ini adalah tertakluk kepada Akta Kesatuan Sekerja 1959. Segala pertikaian hendaklah melalui Kesatuan menurut Aku Janji Bab C 1998.


    *To edit this text, go in the module settings.
    multiMenu is developed by The WolFactory (http://www.wolfpackclan.com/wolfactory), a Xoops division of the Wolf Pack Clan (http://www.wolfpackclan.com)
:: Facebook