Jawatankuasa Kecil Sosial KKAUM adalah seperti berikut:

Sdr. Ikmal Azam Thanaraj                  -           Pengerusi

Sdri.  Hazlina Kasmin                         -           Setiausaha 

Ahli Jawatankuasa:

Sdr. Haji Harun Mohd Salleh

Sdri. Nor Aina Mahazer

Sdri.  Rosmini Tahir

Sdr.  Jabaruddin Jaafar

Sdr. Chow Kok Kwai

Sdr.  T.P Butmasilan

Sdri. Sharmila Devi A/P Ramasame

Sdri.  Sujithara Devi Muruga

Aktiviti utama Jawatankuasa Sosial adalah pengajuran  Majlis Makan Malam Tahunan KKAUM. Majlis ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan untuk menghargai sumbangan ahli-ahli yang telah dan akan bersara pada tahun 2008. Dalam pada itu, majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara ahli kesatuan. Seramai 490 orang ahli telah hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Majlis ini telah diadakan pada 16 Ogos 2008 (Sabtu) di Hotel Crown Princess, City Square, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Amin Jalaludin (Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsaan), Prof. Dato’ Dr. Jamil Maah (Dekan Fakulti Sains), Cik Norilah Salam (Pendaftar, Universiti Malaya), Encik Ahmad Shah Mohd Zin (Setiausaha Agong CEUPACS) dan beberapa presiden kesatuan lain turut menghadiri majlis tersebut sebagai tetamu jemputan. Seramai 29 orang ahli yang bersara pada tahun 2008 telah diraikan dan menerima seutas jam tangan sebagai cenderahati daripada KKAUM. Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Amin Jalaludin (Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsaan) telah menyampaikan cenderahati tersebut kepada para pesara yang diraikan.                                                                           

Majlis tersebut juga telah meraikan Tuan Haji Md Salleh Zakaria daripada Jabatan Fizik, Fakulti Sains yang dipilih untuk menerima Anugerah KKAUM 2008 sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau kepada kesatuan sebagai bendahari KKAUM. Para tetamu juga telah dihiburkan dengan 3 jenis tarian kebudayaan daripada pelbagai kaum di Malaysia semasa jamuan makan malam dihidangkan. Selain daripada itu, sebanyak 42 hadiah cabutan bertuah telah disediakan kepada para tetamu. Hadiah utama cabutan bertuah adalah sebuah Peti Televisyen 29” Flat berjenama Sharp, Sony Mini Stereo dan 2 buah basikal.

Majlis makan malam KKAUM 2008 telah bersurai pada jam 11:00 malam

<{$xoops_sitename}> - <{$xoops_pagetitle}>