JK Keselamatan
 
  Jawatankuasa Keselamatan

             LAPORAN JAWATANKUASA KECIL KESELAMATAN & KESIHATAN DI TEMPAT KERJA

 (Occupational Health & Safety Comitte)

 

             Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja telah diadakan seperti berikut di Bilik Mesyuarat Rumah Kesatuan:

a)    17 Januari 2008

b)    05 Mac 2008

c)     03 April 2008

d)    13 April 2008

 

Antara aktiviti-aktivi yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa  Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja adalah seperti berikut:

          i.        Kursus Keselamatan dan Kesihatan KKAUM

              Kursus ini telah diadakan pada 11 April 2008 hingga 13 April di Amansari Beach Resort,     Kuantan, Pahang. Kursus ini telah dihadiri oleh 38 orang ahli kesatuan. Laporan kursus tersebut telah dihantar kepada kesatuan unutk tujuan rekod.

       ii.        Bengkel Keselamatan Kesihatan JAKPUM

             Bengkel ini telah dihadiri oleh 2 orang wakil kesatuan iaitu En. Ikmal Azam Thanaraj dan Tuan Hj. Harun Mohd Salleh. Bengkel ini telah diadakan pada 14 Mac 2008 hingga 15 Mac 2008 di Hotel Equatorial, Bangi.

iii.        13th International OSH Day

            Kursus ini telah diadakan pada 28 April 2008 di Wisma MTUC, Subang Jaya. Kursus ini telah diahdiri oleh Tuan Hj. Harun Salleh, Cik Nor Aina Mahazer dan Puan Minah Ramli bagi mewakili kesatuan, Kursus tersebut juga telah memperingati mereka yang telah meninggal dunia dan cedera semasa bekerja

          iv.        Kursus Peningkatan Keselamatan dan Kesihatan Sinaran Pekerja Sianran Universiti Malaya

             En. Ikmal Azam Thanaraj telah dijemput mewakili KKAUM untuk menyertai kursus ini yang diadakan pada 17 Julai 2008 di Pusat Pengajian Berterusan di Kampus Kota. Kursus ini merupakan anjuran Bahagian Sumber Manusia dan Unit Perkhidmatan Perlindungan Sinaran.

 Mesyuarat jawankuasa Keselamatan Kesihatan Universiti Malaya telah dihadiri oleh En. Ikmal Azam Thanaraj dan Tuan Hj. Harun Mohd Salleh bagi mewakili kesatuan.

 

<{$xoops_sitename}> - <{$xoops_pagetitle}>