Dari Setiausaha Agung

Maju atau mundurnya sesuatu organisasi terletak di bawah pemimpin dan keahlianya. Ahli-ahli KKAUM seharusnya memainkan peranan yang lebih agresif dalam memperjuangkan hak pekerja disemua bidang termasuk isu-isu sosial. Kita harus keluar dari pendapat bahawa isu-isu sosial lain seperti kenaikan tol serta barang-barang keperluan asas yang lain tidak kena mengena dengan kesatuan ataupun diri kita sendiri.

Ahli-ahli KKAUM seharusnya sedar bahawa matlamat utama penubuhan sesuatu kesatuan sekerja adalah untuk melindungi hak serta kepentingan ahli dari semua segi iaitu jaminan pekerjaan serta penambahbaikan faedah yang lebih baik. Kita tidak seharusnya menganggap bahawa kesatuan kita hanya ditubuhkan untuk aktiviti sosial sahaja.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu sebagai kaum pekerja tanpa mengira kaum, jantina ataupun kedudukan kita dalam menjaga serta menjamin hak-hak kita sebagai kaum pekerja dan juga sebagai rakyat.

En. RAZAK DARUS
Setiausaha Agung KKAUM