Dari Presiden KKAUM

Alhamdulilah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnianya dapat kita bertemu kembali, yang penuh bermakna untuk kita semua. Betapa rasa kasih kita yang mendalam terhadap Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya telah membawa kita ke satu daerah untuk sama-sama kita bangunkan rasa perpaduan yang tidak terhingga.

Saudara saudari, sedarilah bahawasanya kita adalah tunjang yang kuat menyokong dalam menegakkan KKAUM dan sama-samalah kita pertahankan KKAUM ini demi perjuangan kaum pekerja di Universiti Malaya ini. Bersatulah kita berganding bahu mencari jalan agar kedudukan KKAUM ini sentiasa berada di tahap yang paling tinggi hingga menyukarkan untuk diganggu gugat.

Demi memartabatkan lagi perjuangan yang masih belum berakhir ini, komitmen saudara saudari terhadap perjuangan masih diperlukan dan perlu diteruskan. Sehubungan dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin perlu diakrabkan lagi supaya pihak musuh mahupun dari dalam atau luar tidak ada ruang untuk menimbulkan keadaan yang tidak diingini. Menyedari perkembangan yang pesat dalam senario kesatuan dalam negara ini dengan timbulnya satu perubahan dalam perkembangan dunia tanpa sempadan serta implikasi yang wujud dan rintangan yang akan dihadapi oleh Kesatuan Sekerja, maka oleh itu diseru semua ahli Kesatuan KKAUM dapat mempertahan dan mempertingkatkan martabat KKAUM untuk generasi yang akan datang. Disini juga saya ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada bekas-bekas Presiden yang telah memimpin Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya selama ini.

Wassalam,

En. Hussin Bin Asan
Presiden
Kesatuan Kakitangan Am
Universiti Malaya.