Category Archives: umum

Harga Baru Sewaan Kondo KKAUM Port Dickson

30 Jan, 2018
amin
No Comments

Assalamualaikum dan Salam Hormat.

Untuk makluman semua ahli KKAUM, mulai 1 Januari 2018 kadar sewaan Kondo KKAUM adalah seperti berikut:

Harga Sewa:
Hari minggu = Rm 150.00 -1 hari
Hari biasa = Rm 100.00 -1 hari
Bayaran Deposit = Rm 50.00 (dikembalikan jika tiada kerosakan atau kehilangan)

Alamat Kondo KKAUM:
A1-7-1 Tingkat 7 Blok A1.
Ocean View Resort Port Dickson.

Sekian terima kasih

kursus keselamatan pada 31 Mac sehingga 2 April 2017

24 Feb, 2017
amin
No Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan KKAUM akan menganjurkan Kursus Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 2017 yang akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:-

 

Tarikh           :            31 Mac – 2 April 2017 (Jumaat – Ahad)

Tempat         :            De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang

                                    (Pengangkutan akan disediakan pergi balik kursus)

Syarat penyertaan              :

 

  1. a)Telah menjadi ahli kesatuan lebih 3 tahun.
  2. b)Keutamaan diberikan kepada Ahli Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di PTj masing- masing
  3. c)Bersedia untuk memberi khidmat kepada kesatuan apabila diperlukan.
  4. d)Belum pernah menghadiri kursus yang ditawarkan oleh kesatuan.

 

Tarikh Tutup Permohonan       :           3 March 2017 (Hari Jumaat Jam 5.30 petang)

Borang permohonan                :           Boleh dimuat turun di http://www.umgsu.org.my/  Muat turun borang: Borang-kursus-keselamatan2017

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan urusetia berikut:-

1 Hj. Mansoor Jaafar 7967 7018 012-294  8279  

manjaafar@um.edu.my

 

2 Pn. Suryana Sukadi 016-237  4212  

suryana@um.edu.my

 

3 Pn. Norazleen Ramli 7967 4537 011-5506 2769  

ayien5250@um.edu.my

 

4 Pn. Norshida Abdul Manan 7967 6455 012-677  2419  

norshida79@um.edu.my

 

 

5

En.Ahmad Fadhlullah Hashim 7967 7711 012-234  5101 ahmad_f@um.edu.my
6 En.Wan Yusof Wan Omar 7967 7066 011-2345 5890  

wang@um.edu.my

 

 

7

 

Rumah Kesatuan Vasanthi 7957 2369

 

Sekian, harap maklum,

 

Kursus Asas Kesatuan Pendidikan KKAUM

23 Feb, 2017
amin
No Comments

Assalamualaikum dan salam hormat,

Kursus Asas Kesatuan Pendidikan KKAUM akan seperti maklumat berikut:

 

Tajuk:             Kursus Asas Kesatuan Pendidikan KKAUM

Tempat:         Hotel Copthorne, Pulau Pinang

Tarikh:           26 – 28 Mac 2017 / Ahad hingga Selasa

 

Syarat: Sasaran Peserta : –         telah menjadi ahli sekurang kurangnya 2 tahun

  • belum pernah menghadiri mana mana kursus anjuran kesatuan
  • bersedia untuk memberikan sumbangan kepada kesatuan apabila diperlukan.

 

Tarikh Tutup Permohonan:  3 Mac 2017 /  Jumaat  – jam 12:00 Tengah Hari di rumah kesatuan.

Pengangkutan pergi balik akan disediakan dari UM ke tempat kursus dan sebaliknya.

 

Sebarang Pertanyaan:         

  1. Zaini Ahamid: 79673415/ 012-6866152; zainiahamid@um.edu.my
  2. Hazlina Kasmin: 03-7967 4145 / 013-364 9937; hazlina@um.edu.my
  3. Fauziah Binti Abdul Bab: 014-6712500; geepu3@um.edu.my
  4. Rumah Kesatuan : Vasanthi : 03-79572369

Borang boleh di muat turun di sini:  Borang Kursus Asas Kesatuan Pendidikan KKAUM

TABUNG BIASISWA PELAJARAN KKAUM 2015

10 Jun, 2015
admin
No Comments

9.6. 2015

KEPADA SEMUA AHLI /AHLI BERSEKUTU
TBP 1

Saudara / Saudari,

TABUNG BIASISWA PELAJARAN KKAUM

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa permohonan adalah dipelawa dari ahli / ahli bersekutu untuk bantuan pelajaran bagi ahli dan anak ahli.

Permohonan adalah dipelawa dari kumpulan pelajar seperti berikut:-

1 Lulus PT3 pada tahun 2014 dengan sekurang-kurangnya 4 A
2 Lulus SPM pada tahun 2014 dengan sekurang-kurangnya 3A, 2B & 1C
3 Lulus STPM / A-Levels pada tahun 2014 dengan 2 prinsipal atau telah mengikuti
kursus Sijil / Matrikulasi pada tahun 2014
4 Mengikuti kursus Diploma pada tahun 2014 dengan tempoh pengajian tidak kurang dari 6 bulan dan Diploma tersebut diiktiraf oleh MQA.
5 Mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Pertama pada tahun 2014

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-

1 Telah menjadi ahli sekurang-kurangnya 5 tahun
2 Bagi anak ahli, mesti pelajar sepenuh masa dan belum berkahwin
3 Seorang ahli layak untuk menerima bantuan bagi satu anak sahaja jika ada lebih dari seorang anak yang layak.
4 Permohonan dari pasangan ahli (suami/isteri) untuk anak yang sama tidak akan dilayan.

Borang-borang permohonan boleh diperolehi dari wakil-wakil Fakulti/Pusat/Jabatan ataupun di pejabat kesatuan Untuk makluman saudara/saudari waktu pejabat kesatuan adalah dari jam 9.30pagi hingga 6.00petang, Isnin hingga Jumaat. Senarai nombor telefon wakil Fakulti/Pusat/Jabatan disenaraikan dimuka sebelah pekeliling ini.

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari 25 Jun 2015 Permohonan yang tidak lengkap atau yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

RAZAK DARUS
Setiausaha Agung

Hubungi

21 Oct, 2014
admin
No Comments

Hubungi Kami
Hubungi Kami
Sebarang aduan, cadangan dan komen, sila hubungi kami di:
Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya:

No. 9, Jln 16/10 Seksyen 16,
Petaling Jaya 46350 Selangor.
No Telefon : 03-79563912
No Telefon : 03-79572369
No Faks : 03-79563912
E-mail: umgsu@kkaum.org.my

Hubungi Kami

20 Jun, 2013
admin
No Comments
Hubungi Kami

Sebarang aduan, cadangan dan komen, sila hubungi kami di:
Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya

No. 9, Jln 16/10 Seksyen 16,
Petaling Jaya 46350 Selangor.
No Telefon : 03-79563912
No Telefon : 03-79572369
No Faks : 03-79563912
E-mail: umgsu@kkaum.org.my

Mengenai KKAUM

Jun, 2013
admin
No Comments

Persatuan-persatuan sekerja memainkan peranan penting dalam mengawal dan menjaga kepentingan-kepentingan para pekerja. Setiap masalah yang dihadapi oleh para pekerja, sedaya upaya akan cuba diselesaikan oleh Persatuan Sekerja.

Untuk mengerat dan mengukuhkan lagi perhubungan antara persatuan-persatuan sekerja, maka adalah amat perlu satu badan diwujudkan sebagai saluran bagi merapatkan perhubungan serta melahirkan kerjasama di kalangan Persatuan Sekerja.

Sejarah perkembangan Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya ini pada awalnya didorong oleh penubuhan kesatuan-kesatuan sekerja selepas Perang Dunia Kedua. Pada 1 Januari 1963 Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya telah ditubuhkan dan mempunyai keahlian yang terdiri daripada kakitangan sokongan. Di awal penubuhan KKAUM, ia merupakan gabungan antara KKAUM dan Kesatuan kakitangan Hospital Universiti Malaya. Agenda utama penubuhannya adalah untuk memperjuangkan isu gaji dan masalah pembuangan pekerja sewenang-wenangnya. Namun, akibat tentangan oleh pihak kerajaan dan masalah dalaman, KKAUM dan Kesatuan PPUM elah berpecah. Ia menjadikan KKAUM pada masa itu sebuah kesatuan sekerja yang kurang diberi perhatian kerana majoriti keahlian KKAUM sebelum berpecah terdiri daripada Kesatuan PPUUM

KKAUM juga juga telah bergabung dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)dan Kongres Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS).

TUJUAN PENUBUHAN KKAUM

*

Menjaga kebajikan pekerja kumpulan sokongan
*

Menjalankan aktivit seminar/kursus
*

Lain-lain aktiviti yang memberi faedah kepada kumpulan sokongan

Kesatuan Kakitangan Am UM adalah satu-satunya kesatuan yang telah wujud bagi menjaga kepentingan staf sokongan Universiti dan apa sahaja masalah yang melibatkan staf Universiti kesatuan adalah tempat mereka merujuk, ini adalah tertakluk kepada Akta Kesatuan Sekerja 1959. Segala pertikaian hendaklah melalui Kesatuan menurut Aku Janji Bab C 1998.