Category Archives: Berita

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN 2018

4 Sep, 2018
amin
No Comments

Dimaklumkan bahawa Majlis Makan Malam Tahunan akan diadakan pada hari Sabtu 6 Oktober
2018
bertempat di Hotel Hilton, Petaling Jaya.

Sila muat turun borang disini:

Tabung Biasiswa Pelajaran KKAUM 2018

20 Apr, 2018
amin
No Comments

Assalamualikum dan salam hormat,

KEPADA SEMUA AHLI / AHLI BERSEKUTU

Saudara/Saudari,
TABUNG BIASISWA PELAJARAN KKAUM
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa permohonan adalah dipelawa dari ahli/ahli bersekutu untuk bantuan pelajaran bagi ahli dan anak ahli.
Permohonan adalah dipelawa dari kumpulan pelajar seperti berikut:-

  1. Lulus PT3 pada tahun 2017 dengan sekurang-kurangnya 4 A
  2. Lulus SPM pada tahun 2017 dengan sekurang-kurangnya 3A, 2B & 1C
  3. Lulus STPM/A-Levels pada tahun 2017 dengan 2 prinsipal atau telah mengikuti kursus Sijil/Matrikulasi pada tahun 2017
  4. Mengikuti kursus Diploma pada tahun 2017 dengan tempoh pengajian tidak kurang dari 6 bulan dan Diploma tersebut diiktiraf oleh MQA
  5. Mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Pertama pada tahun 2017

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-

  1. Telah menjadi ahli sekurang-kurangnya 5 tahun
  2. Bagi anak ahli, mesti pelajar sepenuh masa dan belum berkahwin
  3. Seorang ahli layak untuk menerima bantuan bagi satu anak sahaja jika ada lebih dari seorang anak yang layak.
  4. Permohonan dari pasangan ahli (suami/isteri) untuk anak yang sama tidak akan dilayan.

Borang-borang permohonan boleh diperolehi dari wakil-wakil Fakulti/Pusat/Jabatan, di pejabat Kesatuan (03 79572369) dan boleh dimuat turun pada link dibawah.

Untuk makluman waktu pejabat kesatuan adalah dari jam 9.30 pagi hingga 6.00 petang, Isnin hingga Jumaat.

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Rabu 16.5.2018. Permohonan yang tidak lengkap atau diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

Sekian, terima kasih.

 

Borang permohonan Tabung Biasiswa Pelajaran KKAUM 2018 boleh didownload seperti maklumat dibawah:

Sekian, terima kasih.

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KKAUM 2017

6 Sep, 2017
amin
No Comments

KEPADA SEMUA AHLI KKAUM

Saudara/Saudari,

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN 2017

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Dimaklumkan bahawa Majlis Makan Malam Tahunan akan diadakan pada hari Sabtu 30 September
2017
bertempat di Sime Darby Convention Center, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan ahli-ahli kesatuan yang telah atau pun yang akan bersara pada tahun ini dan disamping mengeratkan perpaduan dikalangan ahli-ahli. Majlis Jawatankuasa Kerja (EXCO) kesatuan dengan hormatnya menjemput saudara / saudari menghadiri majlis ini. Bayaran sebanyak RM 30.00 dikenakan bagi ahli dan RM110.00 bagi bukan ahli.

Ahli-ahli yang berminat untuk menghadiri majlis ini diminta mengisi borang terlampir dan mengembalikannya kepada pihak kesatuan Sebelum 25hb September, 2017, Bayaran untuk menyertai majlis ini akan dibuat melalui potongan dari gaji bulanan ahli. Ahli-ahli bersekutu yang ingin menyertai majlis ini diminta membuat bayaran secara tunai kepada pihak kesatuan dan mengambil resit rasmi untuk pembayaran tersebut.

Ahli-ahli diingatkan bahawa majlis ini diadakan adalah khas untuk ahli. Pihak kesatuan memohon kerjasama setiap ahli untuk memastikan kad jemputan mereka tidak diberi / digunakan oleh mereka yang bukan ahli. lni adalah kerana subsidi yang ditanggung oleh pihak kesatuan adalah sebanyak RM 80.00 bagi setiap ahli.

Pihak kesatuan akan membuat potongan bayaran penuh sebanyak RM 110.00 dari gaji bulanan ahli sekiranya didapati ada ahli yang mengizinkan kad jemputan mereka digunakan oleh mereka yang bukan ahli. ·

Bagi ahli-ahli yang telah mengesahkan kehadiran tetapi tidak hadir pada hari majlis tersebut, pihak kesatuan akan membuat potongan bayaran penuh sebanyak RM 110.00 dari gaji mereka. lni adalah bagi tujuan mengelakkan pembaziran. ·

Kerjasama saudara / saudari amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Yang menjalankan tugas,

>> Sila download borang disini<<

Dari:
Setiausaha Agung KKAUM

Borang Biasiswa KKAUM 2017

9 May, 2017
admin
No Comments

Assalamualaikum,

Dilampirkan Borang Biasiswa KKAUM untuk dimuatturun oleh ahli:-
* Tarikh tutup permohonan adalah pada jam 5.30 petang, 25 Mei 2017.

## untuk Print sendiri perlu menggunakan warna yang di nyatakan:-

1. Matrikulasi/Sijil/SPM/PT3 – Menggunakan Kertas Berwarna merah
2. Diploma/A Level/STPM – Menggunakan Kertas berwarna hijau
3. Ijazah Pertama – Menggunakan kertas berwarna Putih.

Sekian, terima kasih

Notis Tundaan AGM 2016

23 Sep, 2016
admin
No Comments

Salam sejahtera,

Kepada Ahli-Ahli Kesatuan

Adalah dimaklumkan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 54, Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya, seperti notis awal dijadualkan pada 19 September 2016, jam 3.00 petang di Dewan Tunku Canselor telah di TUNDA ke 27 Oktober 2016. Masa dan tempat Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 54 adalah kekal seperti di dalam notis sebelum ini.

Segala kesulitan adalah dikesali.

Saya yang menjalankan tugas

Razak b Darus
Setiausaha Agung KKAUM

Salam Takziah

Aug, 2016
admin
No Comments

Assalamualaikum.
Dukacita di maklumkan bahawa balu Hj. Omar bin Yasin (Ramlah) telah kembali ke rahmatullah kira2 jam 3.45 pagi 06.08.2016 di H.K.L. dan di bawa ke Masjid Al Khairiah Au3/7a untk di mandi, kafan, sembahyangkan dan akan di bawa ke tanah prkuburan Au4 utk di kebumikan. Wassalam.

إنا لله وإنا إليه ﺭﺍﺟﻌﻮﻥ

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْها

Salam takziah utk keluarga Allahyarhamah.

Majlis Makan Malam Tahunan KKAUM 2016

11 Jul, 2016
admin
No Comments

KEPADA SEMUA AHLI KKAUM

Saudara/Saudari,

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN 2016

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Dimaklumkan bahawa Majlis Makan Malam Tahunan akan diadakan pada hari Sabtu 20 Ogos
2016 bertempat di Hotel Hilton Petaling Jaya, Selangor.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan ahli-ahli kesatuan yang telah atau pun yang akan bersara pada tahun ini dan disamping mengeratkan perpaduan dikalangan ahli-ahli. Majlis Jawatankuasa Kerja (EXCO) kesatuan dengan hormatnya menjemput saudara / saudari menghadiri majlis ini. Bayaran sebanyak RM 20.00 dikenakan bagi ahli dan RM 80.00 bagi
pasangan
(Ahli + pasangan = RM100.00).

Ahli-ahli yang berminat untuk menghadiri majlis ini diminta mengisi borang terlampir dan mengembalikannya kepada pihak kesatuan Sebelum 5hb Ogos, 2016, bersamaan hari Jumaat, jam 5.30petang.. Bayaran untuk menyertai majlis ini akan dibuat melalui potongan dari gaji bulanan ahli. Ahli-ahli bersekutu yang ingin menyertai majlis ini diminta membuat bayaran secara tunai kepada pihak kesatuan dan mengambil resit rasmi untuk pembayaran tersebut.

Ahli-ahli diingatkan bahawa majlis ini diadakan adalah khas untuk ahli. Pihak kesatuan memohon kerjasama setiap ahli untuk memastikan kad jemputan mereka tidak diberi / digunakan oleh mereka yang bukan ahli. lni adalah kerana subsidi yang ditanggung oleh pihak kesatuan adalah sebanyak RM 90.00 bagi setiap ahli.

Pihak kesatuan akan membuat potongan bayaran penuh sebanyak RM 110.00 dari gaji bulanan ahli sekiranya didapati ada ahli yang mengizinkan kad jemputan mereka digunakan oleh mereka yang bukan ahli. ·

Bagi ahli-ahli yang telah mengesahkan kehadiran tetapi tidak hadir pada hari majlis tersebut, pihak kesatuan akan membuat potongan bayaran penuh sebanyak RM 110.00 dari gaji mereka. lni adalah bagi tujuan mengelakkan pembaziran. ·

Kerjasama saudara / saudari amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Yang menjalankan tugas,

>> Sila download borang disini<<

Setiausaha Agung