Author Archives: amin

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KKAUM 2017

6 Sep, 2017
amin
No Comments

KEPADA SEMUA AHLI KKAUM

Saudara/Saudari,

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN 2017

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Dimaklumkan bahawa Majlis Makan Malam Tahunan akan diadakan pada hari Sabtu 30 September
2017
bertempat di Sime Darby Convention Center, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan ahli-ahli kesatuan yang telah atau pun yang akan bersara pada tahun ini dan disamping mengeratkan perpaduan dikalangan ahli-ahli. Majlis Jawatankuasa Kerja (EXCO) kesatuan dengan hormatnya menjemput saudara / saudari menghadiri majlis ini. Bayaran sebanyak RM 30.00 dikenakan bagi ahli dan RM110.00 bagi bukan ahli.

Ahli-ahli yang berminat untuk menghadiri majlis ini diminta mengisi borang terlampir dan mengembalikannya kepada pihak kesatuan Sebelum 25hb September, 2017, Bayaran untuk menyertai majlis ini akan dibuat melalui potongan dari gaji bulanan ahli. Ahli-ahli bersekutu yang ingin menyertai majlis ini diminta membuat bayaran secara tunai kepada pihak kesatuan dan mengambil resit rasmi untuk pembayaran tersebut.

Ahli-ahli diingatkan bahawa majlis ini diadakan adalah khas untuk ahli. Pihak kesatuan memohon kerjasama setiap ahli untuk memastikan kad jemputan mereka tidak diberi / digunakan oleh mereka yang bukan ahli. lni adalah kerana subsidi yang ditanggung oleh pihak kesatuan adalah sebanyak RM 80.00 bagi setiap ahli.

Pihak kesatuan akan membuat potongan bayaran penuh sebanyak RM 110.00 dari gaji bulanan ahli sekiranya didapati ada ahli yang mengizinkan kad jemputan mereka digunakan oleh mereka yang bukan ahli. ·

Bagi ahli-ahli yang telah mengesahkan kehadiran tetapi tidak hadir pada hari majlis tersebut, pihak kesatuan akan membuat potongan bayaran penuh sebanyak RM 110.00 dari gaji mereka. lni adalah bagi tujuan mengelakkan pembaziran. ·

Kerjasama saudara / saudari amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Yang menjalankan tugas,

>> Sila download borang disini<<

Dari:
Setiausaha Agung KKAUM

kursus keselamatan pada 31 Mac sehingga 2 April 2017

24 Feb, 2017
amin
No Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan KKAUM akan menganjurkan Kursus Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 2017 yang akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:-

 

Tarikh           :            31 Mac – 2 April 2017 (Jumaat – Ahad)

Tempat         :            De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang

                                    (Pengangkutan akan disediakan pergi balik kursus)

Syarat penyertaan              :

 

  1. a)Telah menjadi ahli kesatuan lebih 3 tahun.
  2. b)Keutamaan diberikan kepada Ahli Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di PTj masing- masing
  3. c)Bersedia untuk memberi khidmat kepada kesatuan apabila diperlukan.
  4. d)Belum pernah menghadiri kursus yang ditawarkan oleh kesatuan.

 

Tarikh Tutup Permohonan       :           3 March 2017 (Hari Jumaat Jam 5.30 petang)

Borang permohonan                :           Boleh dimuat turun di http://www.umgsu.org.my/  Muat turun borang: Borang-kursus-keselamatan2017

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan urusetia berikut:-

1 Hj. Mansoor Jaafar 7967 7018 012-294  8279  

manjaafar@um.edu.my

 

2 Pn. Suryana Sukadi 016-237  4212  

suryana@um.edu.my

 

3 Pn. Norazleen Ramli 7967 4537 011-5506 2769  

ayien5250@um.edu.my

 

4 Pn. Norshida Abdul Manan 7967 6455 012-677  2419  

norshida79@um.edu.my

 

 

5

En.Ahmad Fadhlullah Hashim 7967 7711 012-234  5101 ahmad_f@um.edu.my
6 En.Wan Yusof Wan Omar 7967 7066 011-2345 5890  

wang@um.edu.my

 

 

7

 

Rumah Kesatuan Vasanthi 7957 2369

 

Sekian, harap maklum,

 

Kursus Asas Kesatuan Pendidikan KKAUM

23 Feb, 2017
amin
No Comments

Assalamualaikum dan salam hormat,

Kursus Asas Kesatuan Pendidikan KKAUM akan seperti maklumat berikut:

 

Tajuk:             Kursus Asas Kesatuan Pendidikan KKAUM

Tempat:         Hotel Copthorne, Pulau Pinang

Tarikh:           26 – 28 Mac 2017 / Ahad hingga Selasa

 

Syarat: Sasaran Peserta : –         telah menjadi ahli sekurang kurangnya 2 tahun

  • belum pernah menghadiri mana mana kursus anjuran kesatuan
  • bersedia untuk memberikan sumbangan kepada kesatuan apabila diperlukan.

 

Tarikh Tutup Permohonan:  3 Mac 2017 /  Jumaat  – jam 12:00 Tengah Hari di rumah kesatuan.

Pengangkutan pergi balik akan disediakan dari UM ke tempat kursus dan sebaliknya.

 

Sebarang Pertanyaan:         

  1. Zaini Ahamid: 79673415/ 012-6866152; zainiahamid@um.edu.my
  2. Hazlina Kasmin: 03-7967 4145 / 013-364 9937; hazlina@um.edu.my
  3. Fauziah Binti Abdul Bab: 014-6712500; geepu3@um.edu.my
  4. Rumah Kesatuan : Vasanthi : 03-79572369

Borang boleh di muat turun di sini:  Borang Kursus Asas Kesatuan Pendidikan KKAUM