BANTUAN TABUNG BIASISWA PELAJARAN KKAUM 2020

BANTUAN TABUNG BIASISWA PELAJARAN KKAUM 2020

25 Mar, 2020
amin
no comments

Assalamualaikum.

KEPADA SEMUA AHLI /AHLI BERSEKUTU
Saudara / Saudari,

TABUNG BIASISWA PELAJARAN KKAUM

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa permohonan adalah dipelawa dari ahli / ahli bersekutu untuk bantuan pelajaran 2020.

Permohonan adalah dipelawa dari kumpulan pelajar seperti berikut:-

1. Lulus PT3 pada tahun 2019 dengan sekurang-kurangnya 4A

2. Lulus SPM pada tahun 2019 dengan sekurang-kurangnya 3A, 2B & 1C

3. Lulus STPM / A-Level pada tahun 2019 dengan 2 principal atau telah mengikuti

kursus Sijil / Matrikulasi pada tahun 2019

4. Mengikuti kursus Diploma pada tahun 2019 dengan tempoh pengajian tidak kurang dari 6 bulan dan Diploma tersebut diiktiraf oleh MQA.

5.Mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Pertama pada tahun 2019

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-

1. Telah menjadi ahli sekurang-kurangnya 5 tahun

2. Bagi anak ahli, mesti pelajar sepenuh masa dan belum berkahwin

3. Seorang ahli layak untuk menerima bantuan bagi satu anak sahaja jika ada lebih dari seorang anak yang layak.

4. Permohonan dari pasangan ahli (suami/isteri) untuk anak yang sama tidak akan dilayan.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) borang permohonan boleh dimuat turun dari laman sesawang Kesatuan di http://www.umgsu.org.my Tarikh tutup permohonan dilanjutkan hingga 8 Mei 2020 jam 5.00 petang (tertakluk kepada perubahan PKP yang akan tamat pada 31 April 2020 ini). Permohonan yang tidak lengkap atau yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

Download borang:-
1. Ijazah Pertama – Warna Putih
2. 1. Diploma/STPM/A-Level – Warna Biru
3. Matrikhulasi/Sijil/SPM/PT3 – Warna Hijau

Warna Borang

Ijazah Pertama – Putih
Diploma/STPM/A-Level – Biru
Matrikulasi/Sijil/SPM/PT3 – Hijau

Comments Are Closed!!!