TABUNG BIASISWA PELAJARAN KKAUM 2019

TABUNG BIASISWA PELAJARAN KKAUM 2019

8 Apr, 2019
amin
no comments

BrgTBP-2019

KEPADA SEMUA AHLI /AHLI BERSEKUTU

Saudara / Saudari,

TABUNG BIASISWA PELAJARAN KKAUM

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa permohonan adalah dipelawa dari ahli / ahli bersekutu untuk bantuan pelajaran bagi ahli dan anak ahli.

Permohonan adalah dipelawa dari kumpulan pelajar seperti berikut:-

1 Lulus PT3 pada tahun 2018 dengan sekurang-kurangnya 4 A
2 Lulus SPM pada tahun 2018 dengan sekurang-kurangnya 3A, 2B & 1C
3 Lulus STPM / A-Levels pada tahun 2018 dengan 2 prinsipal atau telah mengikuti
kursus Sijil / Matrikulasi pada tahun 2018
4 Mengikuti kursus Diploma pada tahun 2018 dengan tempoh pengajian tidak kurang dari 6 bulan dan Diploma tersebut diiktiraf oleh MQA.
5 Mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Pertama pada tahun 2018

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-

1 Telah menjadi ahli sekurang-kurangnya 5 tahun
2 Bagi anak ahli, mesti pelajar sepenuh masa dan belum berkahwin
3 Seorang ahli layak untuk menerima bantuan bagi satu anak sahaja jika ada lebih dari seorang anak yang layak.
4 Permohonan dari pasangan ahli (suami/isteri) untuk anak yang sama tidak akan dilayan.

Borang-borang permohonan boleh diperolehi dari wakil-wakil Fakulti/Pusat/Jabatan ataupun di pejabat kesatuan Untuk makluman saudara/saudari waktu pejabat kesatuan adalah dari jam 9.30pagi hingga 6.00petang, Isnin hingga Jumaat. Senarai nombor telefon wakil Fakulti/Pusat/Jabatan disenaraikan dimuka sebelah pekeliling ini.

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari 8 Mei 2019 Permohonan yang tidak lengkap atau yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

RAZAK DARUS
Setiausaha Agung

BORANG TABUNG BIASISWA PELAJARAN KKAUM 2019

Comments Are Closed!!!