Tabung Biasiswa Pelajaran KKAUM 2018

Tabung Biasiswa Pelajaran KKAUM 2018

20 Apr, 2018
amin
no comments

Assalamualikum dan salam hormat,

KEPADA SEMUA AHLI / AHLI BERSEKUTU

Saudara/Saudari,
TABUNG BIASISWA PELAJARAN KKAUM
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa permohonan adalah dipelawa dari ahli/ahli bersekutu untuk bantuan pelajaran bagi ahli dan anak ahli.
Permohonan adalah dipelawa dari kumpulan pelajar seperti berikut:-

  1. Lulus PT3 pada tahun 2017 dengan sekurang-kurangnya 4 A
  2. Lulus SPM pada tahun 2017 dengan sekurang-kurangnya 3A, 2B & 1C
  3. Lulus STPM/A-Levels pada tahun 2017 dengan 2 prinsipal atau telah mengikuti kursus Sijil/Matrikulasi pada tahun 2017
  4. Mengikuti kursus Diploma pada tahun 2017 dengan tempoh pengajian tidak kurang dari 6 bulan dan Diploma tersebut diiktiraf oleh MQA
  5. Mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Pertama pada tahun 2017

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-

  1. Telah menjadi ahli sekurang-kurangnya 5 tahun
  2. Bagi anak ahli, mesti pelajar sepenuh masa dan belum berkahwin
  3. Seorang ahli layak untuk menerima bantuan bagi satu anak sahaja jika ada lebih dari seorang anak yang layak.
  4. Permohonan dari pasangan ahli (suami/isteri) untuk anak yang sama tidak akan dilayan.

Borang-borang permohonan boleh diperolehi dari wakil-wakil Fakulti/Pusat/Jabatan, di pejabat Kesatuan (03 79572369) dan boleh dimuat turun pada link dibawah.

Untuk makluman waktu pejabat kesatuan adalah dari jam 9.30 pagi hingga 6.00 petang, Isnin hingga Jumaat.

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Rabu 16.5.2018. Permohonan yang tidak lengkap atau diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

Sekian, terima kasih.

 

Borang permohonan Tabung Biasiswa Pelajaran KKAUM 2018 boleh didownload seperti maklumat dibawah:

Sekian, terima kasih.

Comments Are Closed!!!