MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KKAUM 2017

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KKAUM 2017

6 Sep, 2017
amin
no comments

KEPADA SEMUA AHLI KKAUM

Saudara/Saudari,

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN 2017

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Dimaklumkan bahawa Majlis Makan Malam Tahunan akan diadakan pada hari Sabtu 30 September
2017
bertempat di Sime Darby Convention Center, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan ahli-ahli kesatuan yang telah atau pun yang akan bersara pada tahun ini dan disamping mengeratkan perpaduan dikalangan ahli-ahli. Majlis Jawatankuasa Kerja (EXCO) kesatuan dengan hormatnya menjemput saudara / saudari menghadiri majlis ini. Bayaran sebanyak RM 30.00 dikenakan bagi ahli dan RM110.00 bagi bukan ahli.

Ahli-ahli yang berminat untuk menghadiri majlis ini diminta mengisi borang terlampir dan mengembalikannya kepada pihak kesatuan Sebelum 25hb September, 2017, Bayaran untuk menyertai majlis ini akan dibuat melalui potongan dari gaji bulanan ahli. Ahli-ahli bersekutu yang ingin menyertai majlis ini diminta membuat bayaran secara tunai kepada pihak kesatuan dan mengambil resit rasmi untuk pembayaran tersebut.

Ahli-ahli diingatkan bahawa majlis ini diadakan adalah khas untuk ahli. Pihak kesatuan memohon kerjasama setiap ahli untuk memastikan kad jemputan mereka tidak diberi / digunakan oleh mereka yang bukan ahli. lni adalah kerana subsidi yang ditanggung oleh pihak kesatuan adalah sebanyak RM 80.00 bagi setiap ahli.

Pihak kesatuan akan membuat potongan bayaran penuh sebanyak RM 110.00 dari gaji bulanan ahli sekiranya didapati ada ahli yang mengizinkan kad jemputan mereka digunakan oleh mereka yang bukan ahli. ·

Bagi ahli-ahli yang telah mengesahkan kehadiran tetapi tidak hadir pada hari majlis tersebut, pihak kesatuan akan membuat potongan bayaran penuh sebanyak RM 110.00 dari gaji mereka. lni adalah bagi tujuan mengelakkan pembaziran. ·

Kerjasama saudara / saudari amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Yang menjalankan tugas,

>> Sila download borang disini<<

Dari:
Setiausaha Agung KKAUM

leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *